PROMOSI 50% bermula sekarang!
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • My Account
Menu
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • My Account
RM0.00 Cart
Log In
Sign Up
  • Home
  • Blog
  • Article
  • Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran
 

Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran

by Muhamad Hariz Adnan / Monday, 31 December 2018 / Published in Article

Assalamualaikum WBT. Harini saya akan kongsikan tips untuk berjaya dalam pelajaran. Sedikit biodata mengenai diri saya. Saya merupakan pelajar yang agak nakal semasa di sekolah menengah. Tetapi, berkat tips yang saya amalkan, saya masih mampu mendapat keputusan yang agak cemerlang ketika di sekolah. Alhamdulillah, sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.).

Baik, apakah tips-tips untuk berjaya dalam pelajaran? Terdapat banyak tips yang pernah dikongsikan. Tetapi, saya nak beri beberapa tips yang saya sendiri gunakan.

  1. Doa ibu bapa.
  2. Doa guru.
  3. Hormati guru.
  4. Niat belajar untuk menimba ilmu.
  5. Bersihkan hati dari sebarang perkara tidak baik.
  6. Jaga mata dari perkara tidak baik
  7. Banyakkan memberi.
  8. Mendoakan kejayaan orang lain.

Seperti yang kita tahu, doa ibu bapa dan guru merupakan doa yang amat mustajab. Oleh itu, perlu untuk sentiasa meminta mereka doakan kita terutama sekali sebelum menghadapi peperiksaan.

Saya sentiasa ingat akan pesan ustaz, iaitu senakal manapun kita, jangan sesekali bersikap kurang ajar dengan guru yang mengajar kita. Dengan cara tersebut, ilmu yang kita terima menjadi lebih berkat. Hormatilah guru dan berinteraksilah dengan mereka dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Seterusnya ialah berkaitan dengan hati. Niat kita belajar mestilah betul iaitu untuk menimba ilmu. Jangan berniat untuk menunjuk-nunjuk atau merendahkan orang lain. Hati mestilah dibersihkan dari perkara yang tidak baik.  Ini kerana, ilmu sangatlah berkaitan dengan hati. Ilmu ibarat cahaya dan hati ibarat bekasnya. Hanya bekas yang bersih mampu menyimpan cahaya. Manakala hati yang kotor hanya mampu menyimpan kegelapan.

Akhir sekali, kejayaan dalam pelajaran berkaitan dengan amalan kita. Antara amalan yang penting ialah jaga mata dari melihat perkara tidak baik. Banyakkan memberi sedekah dan bantuan kepada orang lain, sama ada dalam bentuk ilmu, pertolongan, wang dan sebagainya. Doakan juga sahabat-sahabat kita yang sama-sama menuntut ilmu untuk berjaya. Dengan cara ini, doa itu akan kembali kepada kita.

Saya doakan agar semua yang menuntu ilmu akan berjaya.

  • Tweet
Tagged under: motivation

About Muhamad Hariz Adnan

Dr Hariz is the founder of Pestabuku. He is a lecturer, trainer, and researcher of Artificial Intelligence, Data Science, Information Technology, Computer Science, and Web Development.

What you can read next

5 Cara Untuk Ubah Hidup Lebih Baik
Kisah kegagalan orang berjaya
Jangan Mengingati Masa Lalu Dan Bersedih

Leave a Reply Cancel reply

Login with your Social ID

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subcribe to us

Recent Posts

  • The Alchemist Summary - 10 Fakta Hebat Yang Boleh Ubah Hidup Anda

    The Alchemist Summary – 10 Fakta Hebat Yang Boleh Ubah Hidup Anda

    Pengenalan kepada The Alchemist oleh Paulo Coel...
  • 10 Sebab Kenapa Ramai Gagal Temuduga (Tips Interview)

    10 sebab mengapa ramai yang gagal temuduga (int...
  • Contoh Format Resume Terbaik 2020_pestabuku.com.my_drharizv2

    Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

    Baca Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini ...
  • Temuduga dan Jawapan_pestabuku.com.my

    Contoh Soalan Temuduga dan Jawapan (soalan lazim interview)

    Artikel ini akan memberitahu anda contoh soalan...
  • Gol yang bijak atau dungu

    Bila bercakap pasal azam, kita bebas menentukan...

Recent Comments

  • Shahron adli bin Hamzah on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Renni Una on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • NUR SARALISA BINTI TAUFIK on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Muhammad Munif Bin Abdul Manaf on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Muhammad Afif bin Azman on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

Archives

  • May 2025
  • March 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • January 2019
  • December 2018

Categories

  • Article
  • Karier
  • Kepimpinan
  • Usahawan

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Sign Up for Our Newsletter

Profile

  • My Account
  • My Profile

Shop

  • Resume

About/Help

  • How to Download
  • Shipping
  • Ticket
  • Contact Us

Support

  • Hotline: 0102574037
  • Email: autosoft.my@gmail.com

Stay Connected

Stay connected and get interesting news & coupon

Icon-facebook Twitter Youtube Icon-instagram-1
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
Copyright © 2022 Pestabuku. All rights reserved.