
Janganlah mengingat masa lalu dan bersedih akannya, ianya tindakan bodoh dan gila.
Fail masa lalu hendaklah dilipat dan disimpan, bukan di buka dan dipersoal.
Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar.
Kerana ianya sudah berlalu dan selesai.
Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.
Kerana ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
Hidup sambil mengungkit-ngungkit masa lalu bermakna menyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak perandakan masa kini.
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan. Jadi, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.
Hari ini lah milik kita.
(potongan dari buku La Tahzan tulisan Dr. Aidh Al-Qarni)