PROMOSI 50% bermula sekarang!
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
  • Home
  • Shop
    • Resume
  • About / Help
    • How to Download Resume
    • Shipping
    • Support Ticket
    • Contact Us
  • Blog
  • My Account
Menu
  • Home
  • Shop
    • Resume
  • About / Help
    • How to Download Resume
    • Shipping
    • Support Ticket
    • Contact Us
  • Blog
  • My Account
RM0.00 Cart
Log In
Sign Up
  • Home
  • Blog
  • Article
  • Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
 

Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

by Muhamad Hariz Adnan / Wednesday, 22 January 2020 / Published in Article
Contoh Format Resume Terbaik 2020_pestabuku.com.my_drharizv2

Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

Tujuan utama resume adalah untuk mendapat panggilan ke temuduga kerja di sektor korporat. Resume yang dihantar perlu resume terkini dan di sesuaikan mengikut kerja yang hendak di minta. Sebaiknya, resume hendaklah dalam 2 mukasurat. Artikel ini menerangkan secara detail contoh format resume terbaik 2020. Kredit kepada tuan Hans Toh, penulis resume professional yang diiktiraf (disahkan) yang pertama di Malaysia. Saya pernah mengikuti seminar beliau. semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan. Maklumat ini juga di ambil dari kursus-kursus lain dan pengalaman saya dalam menghantar dan meminta pelbagai kerja.

Mula-mula, saya akan kongsikan contoh format resume terbaik 2020. Kemudian, saya kongsikan juga cara menyediakan resume ini supaya dapat diikuti dengan mudah. Berikut adalah contoh format resume terbaik 2020.

 

Contoh Pertama: resume satu muka surat.

Sesuai untuk pelbagai jenis syarikat. Saya diterima temuduga dan bekerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai pensyarah menggunakan resume ini. 

Contoh Format Resume Terbaik 2020_pestabuku.com.my_drharizv2

 

Contoh Kedua: resume dua muka surat.

Sesuai untuk pelbagai jenis syarikat. 

Jika anda ingin mendapatkan design resume seperti di atas, boleh berkunjung ke kedai estore kami untuk membeli resume template pada harga promosi RM 9.60 sahaja beserta template percuma cover letter dan kad perniagaan (bisnes card).

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

 

Contoh ketiga: resume dua muka surat professional.

Boleh memuatkan lebih banyak maklumat. Sesuai untuk syarikat yang lebih serius atau syarikat antarabangsa. 

Langkah menyediakan Resume Terbaik 2020 dan Terkini:

(1) Nama dan Pengenalan

Pastikan nama penuh di tulis di resume. Perenggan pengenalan mestilah mengikut turutan berikut:

  1. sijil akademik tertinggi
  2. hardskill (skill utama)
  3. softskills
  4. karakter

Perenggan pengenalan boleh dimulakan dengan sijil akademik tertinggi seperti “1st Class Engineering Graduate” atau “Master in IT “. Nyatakan 1st class hanya jika anda mendapat 1st class. Abaikan jika anda mendapat class yang lebih rendah.

Boleh juga dimulakan dengan hardskills (skill utama) seperti “strong academic knowledge across artificial intelligence, data mining and software engineering”.

Kemudian, diikuti dengan softskills contohnya “able to lead”, “spearhead quality teamwork”, dan “completing the tasks within the set timeframe”. Hardskill and softskills adalah penting mengikut kerja yang hendak dipohon. Sila lihat iklan kerja terlebih dahulu dan pastikan skill yang diperlukan.

Contoh perenggan adalah:

“Master in IT (sijil akademik tertinggi anda) from a reputable university in the country. Strong academic knowledge across artificial intelligence, data mining and software engineering (hardskills anda).  Recognized as a good writer and researcher (softskills) coupled with solid multi-tasking abilities (softskills). Able to lead as well as spearhead quality teamwork while can be counted upon in completing the tasks within the set timeframe (karakter anda).”

Dalam perenggan pengenalan di atas, terdapat keempat-empat perkara penting tersebut iaitu:

  1. sijil akademik tertinggi :  Master in IT from a reputable university in the country.
  2. hardskill (skill utama) : Strong academic knowledge across artificial intelligence, data mining and software engineering.
  3. softskills : Recognized as a good writer and researcher coupled with solid multi-tasking abilities.
  4. karakter : Able to lead as well as spearhead quality teamwork while can be counted upon in completing the tasks within the set timeframe.

(2) Maklumat Diri (Contact Details)

Tulis maklumat seperti berikut:

  1. Alamat terdekat dengan syarikat yang mahu dipohon.
  2. Nombor telefon bimbit (jangan guna nombor rumah).
  3. Email (guna email yang kelihatan professional).

Jangan masukkan jawatan, nombor IC dan umur (jika tidak diminta). Bagaimana pula dengan gambar? Jika anda tidak yakin gambar boleh membantu, jangan masukkan gambar. Masukkan gambar jika diminta oleh bakal majikan. Ini kerana pegawai yang membuat penilaian pada resume biasanya melakukan penilaian berdasarkan emosi. Gambar anda mungkin menyebabkan anda tidak di panggil ke temuduge. Maka adalah lebih baik jika kali pertama mereka melihat anda semasa sesi temuduga.

(3) Pendidikan dan Competencies

Sertakan taraf pendidikan, nama universiti dan tahun graduasi. Hanya masukkan CGPA jika ianya baik atau diminta oleh bakal majikan. Masukkan juga latihan professional (professional training). Di dalam contoh yang saya gunakan, taraf pendidikan dan latihan professional (seminar and workshop attended) di tulis di dalam mukasurat lain (rujuk nombor 6 dan nombor 7 dalam gambar di bawah). Anda boleh tulis di mukasurat pertama bersama dengan Competencies/Key Competencies.

Key Competencies/expertise perlu sertakan subjek area yang paling dikuasai oleh anda. Contohnya, Artificial Intelligence, Data Mining, Cloud Computing, C++/Java, Software Engineering, Statistics, Web application dan Structured Programming.

(4) Pengalaman Kerja

Masukkan pengalaman kerja bermula dari yang terbaru. Terangkan tugas yang dilakukan seperti “developing an artificial intelligence-based prototype”. Tulis dalam bullet list. Guna perkataan seperti “carried out, performed, assisted in, observed”. Guna past tense untuk kerja yang lepas dan present tense untuk kerja sekarang.

Untuk bisnes online, anda boleh masukkan juga maklumat tersebut menggunakan nama syarikat enterprise anda dan jawatan. Jangan menggunakan jawatan seperti “founder/owner/co-founder”. Ia boleh menyebabkan bakal majikan tidak mahu mengambil anda bekerja. Gunakan jawatan seperti “marketing manager, operating manager” atau “childcare assistant”.

Penting bagi fresh graduate untuk memasukkan sebarang kerja separuh masa sebagai pengalaman kerja. Anda juga perlu memasukkan maklumat semasa melakukan latihan industri bagi fresh graduate.

(5) Skills dan Kekuatan

Dalam segmen ini, sertakan skill dan kekuatan anda. Boleh menggunakan tajuk “skills” atau “skills and strengths”. Sertakan senarai:

  1. Softskills – Analytical skills, Leadershop Skills, Communication skills
  2. IT skills – MS Word | MS Excel | MS PowerPoint | MATLAB
  3. Bahasa (Language Skills) – Excellent English | Excellen Malay | Spoken Arab

Untuk bahasa, boleh gunakan “excellent, good”, atau “fair” untuk menyatakan tahap penguasaan bahasa.

(6) Projects, Extracurricular Involvement dan Activites

Sertakan projek yang pernah dilakukan. Masukkan detail projek menggunakan perkataan yang sama seperti detail pengalaman kerja iaitu “carried out, performed, assisted in, observed”. Nyatakan dapatan (findings) dari projek tersebut.

Untuk “Extracurricular Involvement & activites”, masukkan maklumat aktiviti yang pernah disertai dan detailnya seperti pengalaman kerja. Ia hendaklah mengikut turutan berikut:

  1. Aktiviti yang diaturkan oleh kita (sebagai president atau head contohnya)
  2. Aktivit yang kira sertai (sebagai ahli)
  3. Sukan yang kita sertai jika ada

(7) References

Sebaiknya pada akhir resume anda. Masukkan nama dua referee,sebaiknya seorang referee dari unversiti dan seorang dari tempat bekerja atau intern. Masukkan juga jawatan, syarikat dan nombor telefon bimbit. Tidak perlu masukkan email dan maklumat lain. Anda juga boleh sertakan expected salary di ruangan ini dan jadikan ia seperti berikut

Preferences & References

Expected Salary: Negotiable

Pastikan maklumat seperti gaji (salary) dan references dimasukkan hanya jika diminta oleh bakal majikan. Jangan masukkan jika tidak diminta.

(8) Lain-lain

Anda boleh juga masukkan maklumat lain seperti “Recognition & Awards” jika anda pernah mendapat sebarang anugerah. Contohnya:

Recogntion & Awards

  • Awarded the dean`s list for 8 consecutive semesters
  • Conferred the Gold Certificate of Achievement in community service.

Masukkan recognition & awards sebelum references.

 

Tip-tip Penting

Untuk memastikan resume anda ditulis dengan baik, anda boleh mengikuti tip-tip berikut:

  • Pastikan resume konsisten (gaya penulisan yang sama dan teratur)
  • Tiada salah ejaan (periksa menggunakan MS Word)
  • Hantar kepada bakal majikan dalam bentuk PDF
  • Huruf besar dan kecil digunakan secara tepat
  • Gunakan spacing yang sama (1.5 spacing contohnya)
  • Jangan gunakan font Arial. Seeloknya gunakan font Times New Roman atau Calibri
  • Gunakan font bersaiz 10-12
  • Jangan “bold”kan lebih dari tiga perkataan dalam satu perenggan.
  • Gunakan hanya satu jenis font
  • Hanya gunakan bullet atau diamond untuk senarai di dalam resume
  • Mula menghantar resume 3 bulan sebelum tamat pengajian

 

Jika anda ingin mendapatkan design resume seperti di atas, boleh berkunjung ke kedai estore kami untuk membeli resume template pada harga promosi RM 9.60 sahaja beserta template percuma cover letter dan kad perniagaan (bisnes card).

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

>>Lihat design resume menarik dengan harga promosi

  • Tweet
Tagged under: resume & interview

About Muhamad Hariz Adnan

Dr Hariz is the founder of Pestabuku. He is a lecturer, trainer, and researcher of Artificial Intelligence, Data Science, Information Technology, Computer Science, and Web Development.

What you can read next

10 Sebab Kenapa Ramai Gagal Temuduga (Tips Interview)
Cara Terbaik Untuk Cantik dan Menarik
Jangan Mengingati Masa Lalu Dan Bersedih

76 Comments to “ Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)”

  1. Rosita Ronnie says :Reply
    November 11, 2020 at 3:14 am

    very interesting

    1. Farah Othman says :Reply
      November 11, 2020 at 6:37 am

      Assalamualaikum,
      Content yang dikongsikan sangat difahami dan menarik.
      Pelbagai langkah dan tips yang diberikan sedikit sebanyak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita.
      Terima kasih atas perkongsian di atas.

    2. Gunawathi Subramaniam says :Reply
      November 11, 2020 at 4:57 pm

      Menarik. Resume sangat penting seseorang yang sedang mencari kerja untuk menjana pendapatannya. Jadi, resume yang baik atau professional sangat penting untuk menarik minat orang yang ambil temuduga akan bantu untuk dapat kerjanya.

  2. SYAHIRAH NADHIRAH ARSHAD says :Reply
    November 11, 2020 at 3:15 am

    Assalamualaikum,

    Resume adalah salah satu pengenalan diri yang ringkas untuk disampaikan kepada bakal majikan. Terdapat beberapa elemen penting dalam menyediakan resume termasuklah nama, maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerja dan sebagainya. Terima kasih

    1. EKA DIYANA BINTI MOHD LIZA says :Reply
      November 11, 2020 at 12:46 pm

      Assalamualaikum, terima kasih Dr atas perkongsian yang begitu jelas dan sangat bermanfaat ini. Contoh format yang sangat mudah untuk saya buat sebagai rujukan suatu hari nanti. Terima kasih!

  3. NORIEZNEE BINTI OTHMAN says :Reply
    November 11, 2020 at 3:30 am

    Thank you for this very meaningful partnership. This resume example is very helpful for me in finding a job after graduation. The guide and how to make this resume is also easy to understand and easy to make. Plus the tips and the technique provided was very helpful. Each step is told in detail and is easy to understand. I hope I can make a good resume like this later. Thank you.

  4. Mohamad Syahrin Bin Suhaimi says :Reply
    November 11, 2020 at 3:48 am

    Artikel ini sangat emebantu di dalam proses membina resume yang berjaya.

  5. NUR SYAHIRAH ZAINUDIN says :Reply
    November 11, 2020 at 3:50 am

    Perkongsian yang menarik tentang perbandingan antara dua jenis resume. Banyak input yang saya perolehi seperti apa perkara yang penting perlu dimasukkan, font yang terbaik digunakan, penerangan tentang profile picture di dalam resume, latihan industri boleh dijadikan salah satu pengalaman bekerja untuk fresh graduate dan tempoh terbaik untuk menghantar resume sebelum tamat penggajian. Disamping itu, artikel ini membantu saya memperbaiki kesalahan kecil di dalam resume saya. Terima kasih kepada Dr. Hariz atas penulisan yang banyak memberi manfaat kepada kami semua.

  6. suzie winniesa anak edwin@ingkut says :Reply
    November 11, 2020 at 6:04 am

    Resume merupakan satu rujukan penting bagi para majikan untuk memilih pekerja.Mereka akan melihat resume sebagai penanda aas bagi seseorang individu tersebut.Hal ini demikian kerana bagi saya alam pekerjaan adalah sangat berbeza dengan alam belajar.

    1. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN AZAMMULLAH says :Reply
      November 15, 2020 at 1:50 pm

      Info yang sangat bermanfaat dan dgn info ini saya mampu buat resume dengan lebih baik

      1. fateha binti ahmad saidi says :Reply
        November 17, 2020 at 4:51 am

        Terima kasih atas perkongsian mengenai contoh resume.Saya rasa perkongsian ini sangat beeguna pada masa akan datang.Saya boleh gunakan contoh resume ini untuk mencari pekerjaan nanti.

  7. Farah Othman says :Reply
    November 11, 2020 at 6:45 am

    Assalamualaikum,
    Content yang dikongsikan sangat difahami dan menarik.
    Pelbagai langkah dan tips yang diberikan sedikit sebanyak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita.
    Terima kasih atas perkongsian di atas.

  8. Amirah Nadiah binti Abd Hamid says :Reply
    November 11, 2020 at 8:11 am

    Terima kasih Dr atas perkongsian yang bermanfaat. Ini sangat membantu graduan-graduan yang sedang mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Resume yang baik akan membuat graduan lebih menonjol dari graduan-graduan lain dengan mempamerkan kemahiran masing-masing.

  9. Tuan nor afiqah says :Reply
    November 11, 2020 at 8:44 am

    Penerangan yang ringkas dan mudah untuk difahami , terbaik !!!!!

  10. Hor Eng Hup says :Reply
    November 11, 2020 at 11:09 am

    Resume adalah cara yang terbaik untuk syarikat mengenali seseorang. Resume ini adalah salah satu contoh yang baik dan dapat dijadikan rujukan sewaktu memohon kerja agar syarikat dapat mengupah kita.Terima Kasih.

  11. WONG JIA XIN says :Reply
    November 11, 2020 at 11:34 am

    It is too useful for me. The design of the portfolio is easy to read and understand.

  12. Siti Zubaidah binti Abdullah says :Reply
    November 11, 2020 at 12:24 pm

    Assalamualaikum,

    Satu perkongsian yang bagus untuk menghasilkan resume yang terbaik.

  13. Azryreen Farhana says :Reply
    November 11, 2020 at 12:42 pm

    Very interesting info. Thankyou

  14. Afiffa Rossaffie says :Reply
    November 11, 2020 at 12:46 pm

    Upon reading the article above, I can finally distinguish between good resume and best resume that could entice my potential employer.

  15. AMIR HAMZAH B MOHD SHABERI says :Reply
    November 11, 2020 at 1:25 pm

    Ringkas, padat dan sangat menarik. Contoh format dan resume ini sangat membantu untuk orang yang ingin minta kerja.

  16. mazharul islam says :Reply
    November 11, 2020 at 2:21 pm

    it’s really helpful Dr.

  17. SITI AISHAH ZAHARI says :Reply
    November 11, 2020 at 2:31 pm

    Very interesting. Nice content.

  18. Siti salbiah rohani says :Reply
    November 11, 2020 at 2:33 pm

    Nice

  19. Nazureen Aida Mohd Sukri. says :Reply
    November 11, 2020 at 3:01 pm

    This is nice resume because it fulfill requirement. Resume is a simple introduction to be presented to a company and boss. Futhermore, this resume is good to understand because it has skills, experience, education history and award. We as a students can refer this as our reference for the future. Thankyou Dr.

    Group A, MMB3013

  20. KONG ING SIANG says :Reply
    November 11, 2020 at 3:19 pm

    Salam,
    Pada pendapat saya, résumé ini adalah salah satu cara untuk pengenalan diri secara ringkas. Terdapat beberapa element yang boleh bagi mereka lebih berfokus, iaitu maklumat individu yang ringkas, pendidikan, pengalaman kerja dan sebagainya.
    Terima kasih.

  21. MUHAMMAD ARZAN BIN ANTON says :Reply
    November 11, 2020 at 3:35 pm

    Tips yang menarik utk di masukkan ketika ingin membuat resume…

  22. Gunawathi Subramaniam says :Reply
    November 11, 2020 at 4:50 pm

    Menarik sangat. Resume sangat penting kepada seseorang yang sedang mencari kerja untuk menjana pendapatannya. Jadi, resume yang baik atau professional sangat penting untuk menarik minat orang yang ambil temuduga akan Bantu untuk dapat kerjanya.

  23. Nurul Fazlina Binti Mohd Zulkifli says :Reply
    November 11, 2020 at 8:41 pm

    Ianya dapat membantu untuk mengisi matlumat apa yang patut ada dalam resume tersebut .

  24. nur syafika suhaemi says :Reply
    November 11, 2020 at 10:30 pm

    wow! nice resume template😀

  25. Siti Aisyah binti Ramle says :Reply
    November 11, 2020 at 10:32 pm

    Sangat menarik 👍🏻👍🏻👍🏻

  26. Adib Zikry says :Reply
    November 12, 2020 at 2:11 am

    info yang menarik dan membantu

  27. Miliana Jumi says :Reply
    November 12, 2020 at 2:52 am

    I’m fully agree with this article. This is really importance especially for those who are going for interview in any company. Thank you for the sharing, this is really useful for me.

  28. Nornadia Aisya Binti Mohamad Nasir says :Reply
    November 12, 2020 at 3:16 am

    Resume adalah sesuatu yang penting sebelum terpilih di dalam sesi temu duga, ia memainkan peranan yang penting dalam memberi pandangan pertama terhadap kita dari penemu duga… info-info di atas boleh membantu dalam penulisan resume yang menarik berserta dengan penulisan resume yang profesional

  29. SITI NADIAH BINTI AZAHARI says :Reply
    November 12, 2020 at 3:25 am

    Informasi ini amat bagus untuk kami yang berada di tahun akhir, segala perincian bagaimana membuat resume yang bagus ada dinyatakan di atas. Jadi saya berpendapat maklumat ini amat penting untuk bakal graduan dan graduan yang ingin memohon kerja.

  30. MOHD ZULFADHLI BIN ZAKARIA says :Reply
    November 12, 2020 at 3:27 am

    Perkongsian yang sangat menarik.

  31. Gunawathi Subramaniam says :Reply
    November 12, 2020 at 4:32 am

    Menarik dan sangat Bantu untuk seseorang yang sedang mencari kerja untuk menjana pendapatannya.

    1. Shahron adli bin Hamzah says :Reply
      November 17, 2020 at 3:50 am

      Sangat membantu untuk meyakinkan company2 besar

  32. Raja Amirul Azzim Bin Raja Shahrul Azremel says :Reply
    November 12, 2020 at 5:20 am

    assalamualaikum,
    info ini sangat bermanfaat untuk graduan yang baru tamat belajar. Ini dapat membantu mereka mendapat kerja dengan lebih mudah dan juga dapat menarik perhatian majikan dengan lebih mudah. info yang diberikan sangat mudah difaham dan diaplikasikan untuk mendapatkan perkerjaan pada suatu hari nanti. saya berharap agar pelajar mengambil berat tentang perkara ini dan mendapat manfaat daripada artikel ini.

  33. Anathasia Lee Mei Ling says :Reply
    November 12, 2020 at 5:45 am

    I believe this is the most used latest resume format that has been circling around which I myself had been following as well. This layout structure will indeed help the HR to go through the important information more easily which overall could assist in landing your dream job.

  34. TEY CHEN YI says :Reply
    November 12, 2020 at 6:02 am

    Good afternoon, dr. Thank you for sharing the information. I agreed that the resume should be sent to company three month before and must be in pdf form.

  35. SUZIE WINNIESA ANAK EDWIN@INGKUT says :Reply
    November 12, 2020 at 6:58 am

    Info yang sangat penting dalam membuat resume

  36. Suzie winniesa anak edwin@ingkut says :Reply
    November 12, 2020 at 7:03 am

    Info yang sangat menarik dan penting untuk membuat resume

  37. Suzie Winniesa says :Reply
    November 12, 2020 at 7:09 am

    Info yang menarik dan penting dalam membuat resume.

  38. shela laie says :Reply
    November 12, 2020 at 7:31 am

    Resume merupakan dokumen rasmi yang merangkumi pengenalan diri yang ringkas, pendidikan, pengalaman berkerja, dan sebagainya untuk memohon perkerjaan dalam sektor awam dan swasta. Sekian, terima kasih.

  39. Alisia Sara Augustin says :Reply
    November 12, 2020 at 8:29 am

    Creating a resume online with Pesta buku will give you a modern and professional resume, without the fuss. Its fast and easy to use.

  40. Azley Babas says :Reply
    November 12, 2020 at 12:12 pm

    This is very helpful and interesting..Might use this as future guidance to write resume..

  41. Nurul Nabilah says :Reply
    November 12, 2020 at 5:15 pm

    Info yang sangat membantu dan menarik! Ia sangat membantu saya untuk membuat resume say untuk kegunaan masa hadapan. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini.

    1. RAJA MUHAMMAD AZROL ALIMI BIN RAJA SEMAN says :Reply
      November 14, 2020 at 11:02 am

      Assalamualaikum,terima kasih untuk perkongsian ini,resume yg menarik dan nampak profesional.Sesuai digunakan mengikut bidang tertentu.

  42. NURUL FAZILAH BINTI AHMAD FAUZI says :Reply
    November 13, 2020 at 5:38 am

    Info yang sangat menarik dan berguna! Saya dapat mengetahui kriteria/tips yang diperlukan dalam menyediakan resume yang tepat selari dengan pembaharuan terkini. Terima kasih.

  43. Mohd Amirul Haziq Bin Ismail says :Reply
    November 13, 2020 at 7:42 am

    Resume merupakan dokumen rasmi yang sangat penting dan berguna dalam permohonan kerja. Setiap orang wajib ambil tahu tentang cara yang terbaik untuk membuat resume agar dapat menghasilkan resume yang terbaik dan bertepatan dengan kehendak syarikat kerja yang di pohon. Info yang diberikan sangatlah berguna untuk semua orang tentang langkah terbaik menghasilkan resume. Terima kasi info yang sangat berguna.

  44. NUR AINA SAKINAH says :Reply
    November 13, 2020 at 1:32 pm

    Good sharing and very informative. Will definitely make this post a reference for my resume

  45. INDAH FAKHRANI BINTI ARPIN says :Reply
    November 13, 2020 at 2:32 pm

    Info yang sangat bermanfaat lebih-lebih lagi untuk pelajar semestar akhir seperti saya.
    Terima kasih atas perkongsian ini.

  46. Muhd Syukri Bin Syahril says :Reply
    November 13, 2020 at 3:40 pm

    Info sangat menarik dan akan membantu saya pada masa akan datang

  47. MANISHA KAUR A/P RAJINDER SINGH says :Reply
    November 14, 2020 at 7:42 am

    Info yang baik, menarik dan penting dalam membantu membuat resume, Terima Kasih.

  48. Dayannaa A/P Jerald says :Reply
    November 14, 2020 at 8:41 am

    This is very useful in an interesting article. Writing a resume is one of the major tasks during applying for work. By this article, everyone will have a clear view on how to write a resume on their own.

  49. CAMMELIA CHRISTINE ANAK ENGUN says :Reply
    November 14, 2020 at 11:31 am

    nice..sangat bermanfaat..

  50. SHARIFAH FARHANIM BINTI SYED OMAR says :Reply
    November 14, 2020 at 2:25 pm

    Info yang amat menarik… ia dapt membantu saya untuk mndapatkan peluang pekerjaan…selain itu info yang diberikan juga padat dan ringkas serta lengkap tatacara membuat resume yang menarik….

  51. Thirah Rusli says :Reply
    November 15, 2020 at 4:11 am

    terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik.,. ini sangkat membantu saya menghasilkan resume yang lebih baik….

  52. wani athirah says :Reply
    November 15, 2020 at 4:14 am

    Assalamualikum Dr,
    Perkongsian yang menarik untuk menghasilkan sebuah resume yang terbaik! Tips-tips yang sangat bermanfaat!
    Terima kasih.

  53. Manisha Kaur A/P Rajinder Singh says :Reply
    November 15, 2020 at 5:22 am

    Info yang sangat baik, menarik dan penting dalam membantu untuk membuat resume yang lebih baik.Terima Kasih atas perkongsian ini.

  54. Anis syuhadah says :Reply
    November 15, 2020 at 12:16 pm

    Perkongsian yang sangat menarik dan sangat berguna untuk masa hadapan.. Terutamanya kepada mereka yang ingin menyediakan resume untuk mendapatkan pekerjaan

  55. Dhiyauddin bin Musa says :Reply
    November 15, 2020 at 12:25 pm

    Sangat berinformasi dan berguna untuk saya membuat resume sendiri di masa hadapan. Saya kini semakin tahu bagaimana untuk membuat resume sendiri mengikut situasi dan kesesuaian.

  56. Nurul Nadia binti Rosli says :Reply
    November 15, 2020 at 12:43 pm

    Assalamualaikum Dr. Terima kasih atas perkongsian, resume ni sangat membantu kami para pembaca dalam membuat resume nanti kerana dengan resume yang terbaiklah boleh diterima untuk bekerja. Saya juga boleh menambahbaik corak penulisan. Banyak ilmu manfaat yang Dr telah share. Penerangan yang Dr bagi pon terang dan senang nak faham.

  57. Nurul Intan Suraya binti Mokhtar says :Reply
    November 15, 2020 at 1:15 pm

    Terima kasih atas perkongsian Dr. Sangat membantu dalam menghasilkan resume yang lebih baik pada masa akan datang.

  58. SITI NAZLIAH BINTI BORHAN says :Reply
    November 15, 2020 at 2:26 pm

    Artikel ini sangat membantu dalam menyediakan sesebuah resume yang kemas dan lengkap dengan butiran-butiran diri yang diperlukan mengikut format-format yang telah dinyatakan.

  59. NURUL INTAN SYAQILA BINTI SUPIRMAN says :Reply
    November 15, 2020 at 10:36 pm

    Assalamualaikum Dr? Terima kasih atas perkongsian ini kerana ianya sangat bermakna untuk saya dan orang lain. semoga Dr terus berkongsi ilmu yang bermanfaat 🙂 TQSM!

  60. SYAHMI BIN MOHD AZLAN says :Reply
    November 17, 2020 at 3:22 am

    Satu perkongsian yang baik dan boleh digunakan pada masa hadapan

  61. Muhammad Afif bin Azman says :Reply
    November 17, 2020 at 3:29 am

    Assalamualaikum Dr.. perkongsian mengenai penghasilan Resume ini sememangnya banyak memberi input dan pengetahuan kepada pelajar terutamanya apabila melangkah untuk permohonan kerja nanti.. Resume yang Dr kongsikan memang terbaik!!

  62. Muhammad Munif Bin Abdul Manaf says :Reply
    November 17, 2020 at 3:31 am

    Terima kasih Dr atas perkongsian yang baik dan saya akan gunakan sebaikny

  63. NUR SARALISA BINTI TAUFIK says :Reply
    November 17, 2020 at 3:39 am

    Tips yang sangat menarik. Banyak informasi yang boleh saya aplikasikan. Terima kasih.

  64. Renni Una says :Reply
    November 17, 2020 at 3:48 am

    Good day Sir. Saya rasa bersyukur dengan perkongsian sir tentang bagaimana menghasilkan resume yang jelas dan lengkap serta lengkap dengan segala butiran. Terima kasih sir.

  65. Abdirazak Abdirashid says :Reply
    November 17, 2020 at 4:20 am

    thank you DR for sharing us this article, it’s important to understand tips and tricks for writing your resume in order to get the job.i hope this article help fresh graduates looking writing resume.

  66. HASYA CAMELIA BINTI HASBI says :Reply
    November 17, 2020 at 5:13 am

    Assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsian. Bagi saya resume merupakan dokumen rasmi yang sangat penting dan berguna dalam permohonan kerja. Setiap orang wajib ambil tahu tentang cara yang terbaik untuk membuat resume agar dapat menghasilkan resume yang terbaik dan bertepatan dengan kehendak syarikat kerja yang di pohon. Info yang diberikan sangatlah berguna untuk semua orang tentang langkah terbaik menghasilkan resume. Jadi resume yang bagus bagi saya adalah resume yang melengkapi ciri² permintaan syarikat yang ingin mengambil karyawan baru dgn skills serta pencapaian yang ada pada individu tersebut

  67. HASYA CAMELIA BINTI HASBI says :Reply
    November 17, 2020 at 5:17 am

    Assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsian. Bagi saya resume merupakan dokumen rasmi yang sangat penting dan berguna dalam permohonan kerja. Setiap orang wajib ambil tahu tentang cara yang terbaik untuk membuat resume agar dapat menghasilkan resume yang terbaik dan bertepatan dengan kehendak syarikat kerja yang di pohon. Info yang diberikan sangatlah berguna untuk semua orang tentang langkah terbaik menghasilkan resume. Jadi resume yang bagus apabila skill dan pencapaian seorng individu memenuhi ciri² keperluan karyawan syarikat

  68. Nur Nabilah Binti Mahdi says :Reply
    November 17, 2020 at 1:59 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat ini. Sebagai seorang pelajar yang bakal berhadapan dengan dunia pekerjaan nanti, perkongsian tentang cara menghasilkan resume yang menarik, ringkas, dan padat seperti ini amat bermanfaat buat saya dan rakan-rakan yang lain. Dr turut menerangkan secara ringkas tetapi jelas tentang setiap detail yang seharusnya disertakan di dalam resume. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kami semua kelak.

    Sekian, terima kasih.

  69. A'in Sofea binti Zamri says :Reply
    November 17, 2020 at 6:05 pm

    Assalammualaikum. Satu perkongsian yang menarik dan dapat membantu para pelajar untuk menulis resume apabila mereka sudah tamat pengajian dan akan melangkah ke alam pekerjaan nanti. Semoga ianya dapat membantu pelajar untuk mempelajari cara penulisan resume yang tepat dan sesuai.

Leave a Reply Cancel reply

Login with your Social ID

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subcribe to us

Recent Posts

  • 10 Sebab Kenapa Ramai Gagal Temuduga (Tips Interview)

    10 sebab mengapa ramai yang gagal temuduga (int...
  • Temuduga dan Jawapan_pestabuku.com.my

    Contoh Soalan Temuduga dan Jawapan (soalan lazim interview)

    Artikel ini akan memberitahu anda contoh soalan...
  • Gol yang bijak atau dungu

    Bila bercakap pasal azam, kita bebas menentukan...
  • Jangan Mengingati Masa Lalu Dan Bersedih

    Janganlah mengingat masa lalu dan bersedih akan...
  • 5 Cara Untuk Ubah Hidup Lebih Baik

    Tidak ada magik di dunia ini yang dapat menguba...

Recent Comments

  • Khadijah on Resume Design 004
  • A'in Sofea binti Zamri on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Nur Nabilah Binti Mahdi on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • HASYA CAMELIA BINTI HASBI on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • HASYA CAMELIA BINTI HASBI on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

Archives

  • March 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • January 2019
  • December 2018

Categories

  • Article

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Sign Up for Our Newsletter

Profile

  • My Account
  • My Profile

Shop

  • Resume

About/Help

  • How to Download
  • Shipping
  • Ticket
  • Contact Us

Support

  • Hotline: 0102574037
  • Email: autosoft.my@gmail.com

Stay Connected

Stay connected and get interesting news & coupon

Icon-facebook Twitter Youtube Icon-instagram-1
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
Copyright © 2022 Pestabuku. All rights reserved.