PROMOSI 50% bermula sekarang!
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • My Account
Menu
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • My Account
RM0.00 Cart
Log In
Sign Up
  • Home
  • Blog
  • Article
  • 5 Cara Untuk Ubah Hidup Lebih Baik
 

5 Cara Untuk Ubah Hidup Lebih Baik

by Muhamad Hariz Adnan / Monday, 31 December 2018 / Published in Article

Tidak ada magik di dunia ini yang dapat mengubah kehidupan anda. Terdapat perkara yang perlu dilakukan oleh seorang individu agar menjadikan kehidupan ini menjadi baik dan memuaskan. Sesiapa sahaja boleh mengambil jalan untuk mengubah hidup mereka, ia hanya memerlukan sedikit kerja keras dan perancangan ke arah melakukan perkara-perkara yang perlu anda lakukan. Di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekarang untuk mengejar kehidupan yang anda inginkan.

Mendengar perkara baru melalui podcast/audio

Ramai orang mempunyai masa untuk membaca buku-buku yang baik. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk duduk dan membaca, terdapat perkara yang popular dipanggil “podcast”. Podcast versi audio dari video berkaitan siri episod wawancara yang terkenal, buku dan banyak lagi. Muat turun podcast yang anda minati dan dengarlah ia semasa dalam perjalanan atau ketika melakukan apa-apa pekerjaan. Mendengar wawancara orang yang terkenal dan kisah usahawan yang berjaya akan memberi anda kesan lebih positif dan makna baru terhadap kehidupan.

Mengembara secara ‘solo’ tempat-tempat yang anda ingin pergi

Setiap hari, kita bagaikan dirantai di dalam sebuah sistem di mana kita terikat kepada kerja untuk pergi melawat tempat-tempat berdekatan. Siapa kata anda tidak boleh melangkah keluar dari rumah ke tempat baru seperti kafe sekitar kawasan anda, menonton filem dan sebagainya. Tidak perlu untuk bermula dengan perkara-perkara yang besar. Cuba berjalan di taman setiap hari dan rasai perbezaan. Ini akan membantu anda untuk melalui kehidupan anda secara aman dan memberi anda lebih keberanian untuk keluar dari zon selesa.

Belajar perkara baru setiap hari

Adakah terdapat perkara atau aktiviti yang anda suka lakukan? Jika ya, teruskan dan pelajari ia dengan bersemangat tidak kira betapa besar atau kecil. Berazam dengan diri sendiri untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari, sama ada memasak, menjahit, bahasa dan lain-lain lagi. Anda akan mewarisi rasa positif dan keyakinan bahawa tidak ada benda yang tidak boleh dilakukan oleh anda. Jadilah bos kepada diri sendiri dan pelajari apa yang mendorong anda untuk hidup setiap hari.

Bangun dan berdandan

Siapa yang mengatakan anda hanya boleh berpakaian elok untuk majlis-majlis besar sahaja? Mengapa anda tidak boleh berpakaian elok setiap hari untuk mencorak kehidupan yang anda mahu. Anda tidaklah perlu berpakaian tuxedo sambil berjalan di sekeliling rumah. Tapi pakailah pakaian yang membuatkan anda berasa bersemangat. Pakai minyak wangi yang bagus dan bereksperimen dengan gaya baru dan kemudian lakukan tugas harian anda. Jumlah keyakinan dan kasih sayang yang akan anda terima pada diri sendiri akan menghilangkan kegusaran jiwa anda.

Bersyukur

Tidak kira berapa berjaya hidup anda, anda perlu bersyukur dengan kehidupan anda dan berterima kasih dengan kehidupan yang mengajar anda begitu banyak perkara serta memberi alasan untuk hidup. Tunjukkan rasa terima kasih anda kepada setiap perkara yang datang tidak kira positif atau negatif, dan carilah hikmah di sebaliknya. Cuba amalkan cara ini dan lihat bagaimana negativiti akan hilang dari kehidupan anda.

Anda tidak perlu menjadi orang yang besar untuk menjalani kehidupan yang bermakna, anda hanya perlu membuat hidup anda berasa cukup bermakna untuk membiarkan anda terus hidup.

  • Tweet
Tagged under: motivation

About Muhamad Hariz Adnan

Dr Hariz is the founder of Pestabuku. He is a lecturer, trainer, and researcher of Artificial Intelligence, Data Science, Information Technology, Computer Science, and Web Development.

What you can read next

AI Product Photography Malaysia commercial ebook cover showing an amber bottle, patterned pouch, smartphone and controlled studio setup
Product Photo Checklist Malaysia: 15 Checks Before You Publish an AI-Assisted Image
AI Podcast Production Malaysia ebook cover showing a Kuala Lumpur studio with two microphones, headphones, a field recorder and an audio waveform
Podcast Production Checklist Malaysia: 15 Checks Before You Publish
AI Chatbot for Business Malaysia commercial ebook cover showing a Malaysian small-business service conversation moving between a chatbot and human support
How to Plan a Customer Service Chatbot for a Malaysian Small Business

Recent Posts

  • AI Workplace Safety Operations Malaysia ebook cover showing Malaysian safety teams reviewing factory, warehouse and site evidence before human approval

    Workplace Safety Inspection Checklist Malaysia: 20 Evidence Checks Before Close-Out

    Use this Malaysia workplace safety inspection c...
  • AI Food Safety Operations Malaysia ebook cover showing kitchen and factory records moving through evidence checks to human approval

    Food Safety Audit Checklist Malaysia: 20 Evidence Checks Before Review

    Use this Malaysia food safety audit checklist t...
  • AI Sustainability Reporting Malaysia ebook cover showing environmental and operational evidence flowing through verification checkpoints into a human-reviewed report

    Sustainability Report Checklist Malaysia: 20 Evidence Checks Before Sign-Off

    Use this Malaysia sustainability report checkli...
  • AI e-Invoice Operations Malaysia ebook cover showing a Malaysian SME team tracing invoice data through validation checkpoints to accountable human approval

    e-Invoice Validation Checklist Malaysia: 20 Checks Before Submission

    Use this Malaysia e-Invoice validation checklis...
  • AI Halal Compliance Malaysia ebook cover showing a Malaysian halal assurance team tracing ingredient, supplier and process evidence through a human-controlled review workflow

    Halal Documentation Checklist Malaysia: 20 Checks Before Internal Review

    Use this Malaysia halal documentation checklist...

Recent Comments

  • Shahron adli bin Hamzah on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Renni Una on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • NUR SARALISA BINTI TAUFIK on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Muhammad Munif Bin Abdul Manaf on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)
  • Muhammad Afif bin Azman on Contoh Format dan Resume Terbaik Abad Ini (Resume Terkini)

Archives

  • August 2026
  • July 2026
  • May 2025
  • March 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • January 2019
  • December 2018

Categories

  • Article
  • Karier
  • Kepimpinan
  • Usahawan

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Profile

  • My Account
  • My Profile

Shop

  • Resume

About/Help

  • How to Download
  • Shipping
  • Ticket
  • Contact Us

Support

  • Hotline: 0102574037
  • Email: autosoft.my@gmail.com

Stay Connected

Stay connected and get interesting news & coupon

Icon-facebook Twitter Youtube Icon-instagram-1
Pesta Buku • Beli Buku Online Murah (Kedai Buku Online Malaysia)
Copyright © 2022 Pestabuku. All rights reserved.